Friday, February 26, 2010

TAWARAN HEBAT HOTEL SRI CEMERLANG !!

Kami sentiasa komited dengan usaha untuk membantu meringankan beban kewangan anda. Kini, hotel ini sedang menawarkan harga murah untuk anda seperti berikut:

1. Berkumpulan

- Harga RM 50
- Sewa melebihi 19 bilik, 1 bilik diberi percuma.

2. Untuk Ahli Perniagaan Berdaftar

- Potongan diberi.
- Harga RM 35 seorang.
- Jika berkongsi 2 orang diberi harga RM 40.
(Harga ini tidak termasuk cukai 5%.)

Sebarang pertanyaan, sila hubungi saya di no tel yang dicatatkan. Rebut peluang ini segera.

Monday, February 22, 2010

LUAHAN HATIKU - TABAH HADAPI DUGAAN INI

Bukan mudah untuk membina satu kerjaya di sini. Tanpa bantuan rakan2 dan dorongan mereka, mungkin saya sudah lama mengalah. Maklumlah, suatu ketika orang yang paling saya percayai bertindak mengkhianati saya. Kelemahan saya yang paling sukar untuk saya mengubahnya adalah saya terlalu percaya kepada orang. Akibatnya, saya pernah dikhianati oleh pekerja saya sendiri yang saya anggap sebagai adik kandung sendiri.

Alhamdulillah, saya cuba bangun semula setelah perniagaan saya ini hampir2 bungkus. Bayangkan pernah suatu masa, saya tiada wang untuk membayar gaji pekerja2 saya. Namun, saya tidak mahu menyusahkan sesiapa hatta keluarga saya sendiri. Saya juga bersyukur kerana saya masih mempunyai pekerja2 yang memahami apa jua masalah saya. Saya juga bersykur punyai ahli keluarga yang sentiasa memberikan semangat pada saya. Bukan mudah untuk membina satu2 kerjaya kerana terlalu banyak dugaan di hadapan sana.

Mudah-mudahan dengan sokongan serta doa dari anda semua, saya akan terus berusaha untuk menentukan hotel ini berjaya di masa2 akan datang. Sokongan anda semua amat saya hargai. Terima kasih.

Monday, February 15, 2010

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN MEREKA, ANDA BILA LAGI?

Sempena cuti menyambut Tahun baru China sekarang ini, dua hari lepas hotel bajet ini menyambut kehadiran pengunjung yang ramai. Kesemua bilik penginapan telah ditempah oleh pengunjung2 yang bercuti ke negeri Che Siti Wan Kembang ini. Terima kasih kepada mereka semua. Anda bila lagi ? Jemput ke Seri Cemerlang Hotel agar anda dapat menikmati tawaran yang bersesuaian dengan bajet anda. Keselesaan Anda Keutamaan Kami.

Tuesday, February 9, 2010

SELAMAT TAHUN BARU CINA DARI SERI CEMERLANG

SC mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua kaum China. Sempena cuti perayaan tersebut, SC mempelawa anda semua bercuti ke negeri Serambi Mekah ini. Kami juga akan menawarkan kepada anda pakej penginapan yang tentunya anda tidak jangkakan. Untuk mengetahui apakah istimewanya tawaran kami sempena cuti Tahun Baru Cina ini, anda boleh hubungi kami di no telefon yang dinyatakan. Tawaran ini terhad kepada mereka yang membuat tempahan awal. Gong Xi Fa Chai.