Sunday, March 25, 2012

MADAH CINTA DARI SERI CEMERLANG

Kali ini Seri Cemerlang ingin merehatkan minda anda. Mungkin kerana terlalu penat bekerja, elok rasanya kita hayati madah-madah ini mungkin sesuai buat anda yang berada di alam percintaan. Bagi yang telah berpunya, mungkin juga anda terkenang kisah lalu yang bersejarah buat anda.

Hayatilah ungkapan madah ini;

------------------------------------------------

"Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

"Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi."

--------------------------------------------------------

Apa pun, Seri Cemerlang tetap mendoakan kebahagian untuk anda. Berikan sokongan kepada kami untuk terus berbakti di dalam urusniaga kami. Sokongan anda kepada Seri Cemerlang amat kami hargai. Selamat Datang Ke Hotel kami, Terima kasih.

Tuesday, March 20, 2012

HOTEL BAJET SERI CEMERLANG - MENGAPA ANDA PERLU MENGINAP DI SINI?

Mengapa anda perlu memilih Hotel Bajet Seri Cemerlang, Kota Bharu sekiranya anda berkunjung ke sini? Hakikatnya, hotel ini mempunyai banyak keistimewaan yang ditawarkan kepada anda. Hotel yang dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera Melayu, seorang usahawan wanita yang sentiasa gigih memahami kehendak anda.

Kami, Hotel Seri Cemerlang sentiasa peka dengan selera anda, maka kami menawarkan;

- Bilik Penginapan yang selesa, bersih dan selamat.

- Harga yang ekonomi dan termampu oleh anda serta kami bersedia untuk berbincang dengan harga yang anda inginkan sekiranya anda memerlukan lebih masa untuk menginap atau anda berkunjung dengan jumlah yang ramai.

- Kawalan keselamatan luar dan dalam terjamin kerana kami menyediakan Pengawal Keselamatan yang terlatih.

- Kami bersedia untuk membantu anda sekiranya anda memerlukan kenderaan untuk ke mana-mana lokasi di bandar Kota Bharu.

- Kedudukan hotel kami berada di tengah-tengah Kota Bharu memudahkan anda berurusan di sini.

- Layanan mesra dari kakitangan kami.

- Kemudahan untuk meletak kenderaan.

- Berhampiran kedai-kedai makan dan Pusat Beli Belah.

Dan banyak lagi yang membuatkan anda tidak akan merasa kerugian menetap di hotel kami. Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi kami di No Tel yang tertera. Selamat Datang.

Sunday, March 4, 2012

ABE SIN - PETUGAS CEMERLANG KAMI

Abe Sin - Petugas yang cemerlang

Dikenali sebagai Abe Sin. Beliau adalah seorang kakitangan yang paling lama berkhidmat di Seri Cemerlang. Seorang yang pendiam, tetapi amat rajin di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sebagai Penyelia atau Pengawas di hotel kami.

Bagi kami di Seri Cemerlang, Abe Sin sudah kami anggap sebagai salah seorang dari keluarga kami. Suka duka kami di Seri Cemerlang turut dikongsi bersama dengan beliau. Adakalanya beliau kami jadikan tempat merujuk sesuatu masalah memandangkan usia beliau yang sudah tentunya mempunyai banyak pengalaman. Sesiapa yang pernah bergaul rapat dengan Abe Sin, sekiranya berpisah, pasti akan merindui beliau.

Buat masa ini, kami diberitahu isteri beliau selalu sakit. Kami amat bersimpati dengannya dan sentiasa mendoakan agar isteri beliau sihat seperti sediakala. Buat rakan-rakan yang pernah berkunjung ke hotel kami dan mengenali Abe Sin, kami mohon doa rakan-rakan agar dapat mendoakan kesihatan isteri Abe Sin.

Sudah tentu seorang yang dianggap `anak' oleh Abe Sin berasal dari Negeri Sembilan, yang lebih 6 bulan berada bersamanya di Seri Cemerlang suatu ketika, akan merindui beliau dan yang pasti akan sentiasa mendoakannya. InsyaAllah, mudah-mudahan kita semua bakal diketemukan kembali.