Monday, October 18, 2010

TAHNIAH KEPADA PASUKAN BOLA SEPAK KELANTAN DARI SERI CEMERLANG

TAHNIAH kepada pasukan bola sepak Negeri Kelantan yang telah berjaya mara ke Perlawanan Separuh Akhir Piala Malaysia. Seri Cemerlang berharap dan berdoa agar Kelantan akan mara ke Perlawanan Akhir nanti.

Kepada sesiapa yang ingin berkunjung ke Kelantan untuk menyaksikan perlawanan bola sepak di Stadium Sultan Mohammad ke IV, Kota Bharu anda dipelawa untuk menginap di hotel kami. Kami sentiasa menawarkan harga yang berpatutan untuk anda beserta segala kemudahan yang memberikan keselesaan untuk anda.

Wednesday, September 8, 2010

SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI DARI SERI CEMERLANG

SERI CEMERLANG, pengurusan dan semua staf kami mengucapkan SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI kepada semua pengunjung Blog ini serta semua pelawat berugama Islam yang telah menetap di hotel kami. Mohon maaf dipinta seandainya kami tidak dapat memuaskan hati anda semua sepanjang anda berada di Seri Cemerlang.

Kami akan terus berusaha agar dapat memberikan perkhidmatan terbaik buat semua pengunjung agar berpatutan dengan bajet anda. Kunjungilah hotel kami dari masa ke semasa.

Saturday, August 14, 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN, JOM KE KOTA BHARU

SERI CEMERLANG mengucapkan Salam Ramadhan buat semua. Berkunjunglah ke Kota Bharu sempena Ramadhan ini untuk menikmati kelainan masyarakat Kelantan meraikan kehadiran Ramadhan. Hotel kami sentiasa mengalu-alukan kunjungan anda semua dengan harga yang berpatutan.

Hotel kami yang berdekatan dengan masjid memudahkan anda melakukan amal ibadat sepanjang berada di sini. Di samping itu, hotel ini juga mempunyai kemudahan untuk anda menikmati makanan dan minuman di gerai yang berhampiran.

SELAMAT DATANG....

Wednesday, July 21, 2010

SERI CEMERLANG MENANTI ANDA SEMPENA RAMADHAN INI

RAMADHAN semakin hampir. Seri Cemerlang mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Sepanjang bulan ini hingga ke bulan Ramadhan, anda dijemput melawati Negeri Kelantan, negeri Serambi Mekah.

Kota Bharu merupakan satu-satunya bandar yang meriah diwaktu bulan Ramadhan dengan berbagai program amal ibadah siang dan malam. Oleh itu, tidak rugi sekiranya anda meluangkan masa bercuti ke bandar ini.

Hotel bajet kami sentiasa menawarkan anda perkhidmatan yang terbaik dan berpatutan. Kedudukan hotel yang terlalu hampir dengan Masjid dengan hanya berjalan kaki memudahkan anda melakukan amalan sepanjang bulan Ramadhan ini. Kemudahan tempat menjamu selera juga terletak berhampiran hotel ini.

Selamat Berkunjung Ke Hotel seri Cemerlang. Sila hubungi No Tel yang kami sertakan di dalam blog ini. Terima Kasih.

Sunday, June 20, 2010

TERIMA KASIH DAN DATANG LAGI

TERIMA KASIH. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kunjungan anda ke hotel kami sempena cuti persekolahan baru-baru ini. Mudah-mudahan anda mendapat kepuasan selama menginap di hotel ini. Pihak kami akan sentiasa mengutamakan keselesaan anda dengan harga yang berpatutan. Terima kasih dan datang lagi.

Wednesday, May 12, 2010

JOM BERCUTI KE SINI DENGAN TAWARAN HEBAT

CUTI persekolahan akan menjelang tidak lama lagi. Mengapa anda tidak membawa seisi keluarga menikmati percutian kali ini? Tentunya anda membuat pilihan yang tepat jika anda berkunjung ke Bandar Kota Bharu yang menjanjikan anda percutian yang hebat di samping tempat membeli belah yang termurah.

Kami di Hotel Seri Cemerlang sedia menyambut kunjungan anda dengan tawaran yang hebat. Tempahlah mulai sekarang sebelum anda terlambat. Selamat Bercuti dari kami.

Tuesday, May 4, 2010

PENGUNJUNG BLOG KAMI MENINGKAT, TERIMA KASIH

ALHAMDULILLAH, semenjak blog ini dibuka pada 18 Januari 2010 sehingga kini, blog ini telah pun dikunjungi lebih dari 1 ribu pengunjung. Terima kasih kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Kemungkinan blog ini dikunjungi ramai adalah kerana blog ini juga turut dipautkan ke dalam lain-lain blog rakan-rakan kami.

Anda dikira bertuah kerana mendapat berbagai keistimewaan sekiranya anda mengunjungi hotel kami. Kami mengalu-alukan kedatangan anda semua ke sini disamping usaha anda mempelawa rakan-rakan anda bersama. Hotel Seri Cemerlang semestinya menjanjikan keistimewaan buat anda semua. Selamat Datang.