Friday, April 30, 2010

TENTU HOTEL INI BANYAK KENANGAN BUAT ANDA

Terima kasih buat rakan2 yang terus memilih hotel kami ini. Tentunya anda mempunyai kenangan lalu yang membuatkan anda sentiasa ingat pada hotel ini. Mungkin suatu ketika pertama kali anda ke sini, anda tidak merasakan apa2 yang istimewa di sini. Namun, setelah anda berada di sini, hati atau jiwa anda terlekat di sini.

Kenangan anda bersama tersayang di sini samada sewaktu tidor, berbual atau berjalan2 di sekitar Bandar Kota Bharu tentunya mengingatkan anda tempat ini. Maklumlah, waktu sarapan pagi anda bersama tersayang menikmatinya. Bila hati sudah serasi, lapar biar bersama berlapar dan kenyang pun biar bersama kekenyangan. Anda pergi membeli belah di Wakaf Che Yeh pasti bersama dengan tersayang. Tentu indah saat itu, kan?

Pasangan berkasih sayang akan sentiasa bersama. Apabila salah seorang berduka, seorang lagi akan merasai bersama. Masing-masing saling memerlukan. Itulah keserasian namanya. Tiada yang lebih baik dari kita membantu yang disayangi agar terlepas dari duka dan kesedihan. Alangkah gembiranya hati kita bila melihat tersayang mulai ceria kembali.

Semuanya ini mungkin anda alami di sini. Mungkin ianya bermula di sini segala kebahagiaan. Kenangan yang indah itu pasti anda sematkan dihati. Tetapi, ada juga yang bermula dan berakhir di sini. Berbagai misteri mungkin terjadi di sini, bukan misteri ghaib atau hantu tetapi mungkin juga misteri tentang hati dan perasaan anda. Anda mungkin pernah mengukir seribu janji di sini dan hotel ini menjadi saksi segala janji anda.

Kami tidak menjamin seribu kebahagiaan buat anda di sini. Semuanya terpulang pada anda dengan keikhlasan yang anda ada. Kami mahukan anda bahagia di sini, tetapi mungkin yang terjadi adalah angkara anda yang tidak pernah ikhlas di dalam berjanji. Maka, hotel ini menjadi saksi air mata kekecewaan anda. Bagi yang menemui jodoh, kami ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU, yang lama jangan dilupakan. Mungkin yang lama akan terus menanti anda sekiranya anda kecewa lagi. Syabas!! Hotel ini menjadi saksi segala kebahagiaan walaupun mungkin ada yang menderita dijadikan korban.

Terima kasih atas kunjungan anda, datang lagi ke sini.

Monday, April 26, 2010

FOTO KUNJUNGAN KE HOTEL KAMI

FROM KUANTAN TO KOTA BHARU


KUNJUNGAN DARI KOLEJ KOMUNITI KUANTAN PAHANG.

HOTEL SERI CEMERLANG DIKUNJUNGI LAGI




r

ROMBONGAN SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN MAAHAD ISLAHIAH ADDINIAH SETIAWAN PERAK.MEREKA DATANG DENGAN DUA BUAH BAS BERSAMA AHLI ROMBONGAN SERAMAI 84 ORANG .KAMI MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH DIATAS KESUDIAN ROMBONGAN MENYEWA DITEMPAT KAMI.


VISITORS FROM JOHOR




Ketua rombongan sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seri Keluang.Johor.Cikgu Aida dan Sapiah.