Wednesday, March 31, 2010

MEREKA INI DI ANTARA PENGUNJUNG KAMI















Kami selesa di sini...harga pun berpatutan...kami akan datang lagi...

Tetamu dari Kuantan..Datang melancung ke Negeri Kelantan..Terima kasih kerana menjadikan kami destinasi singgah untuk merehatkan diri. Terima kasih dan kami mengalukan kedatangan anda lagi..
















Gambar Tengah - Saya bersama seorang pengunjung lelaki..

Rombongan dari Negeri Sembilan..MPP Travel Tour..Check in pada 20Hb.Mac 2010..Kami mengucapkan Selamat Datang bagi ahli rombongan dan selamat datang ke Kelantan dan Ke Hotel Seri Cemerlang.









1. 1. 1.Orang kampung dari Sg. Limau,Yan Kedah
2.Bersama dengan ketua rombongan En.Hamid.
3.Mereka datang dengan menaiki bas










Sunday, March 28, 2010

JOM HEBOH TV 3 DI KELANTAN LAIN DARI YANG LAIN

Malam tadi tentu anda yang berada jauh dari Kelantan menonton siaran langsung Jom Heboh TV 3 yang diadakan pertama kalinya di Kelantan bertempat di K.Bharu. Banyak perbezaan yang dapat anda saksikan. Tempat duduk penonton diasingkan di antara lelaki dan perempuan serta yang berkeluarga. Artis2 yang diundang juga tidak terdapat artis wanita seperti biasa yang kita saksikan di beberapa negeri yang pernah mengadakan program hiburan ini.

Begitulah keadaan negeri Serambi Mekah ini yang memberi bukti jelas bahawa hiburan tidak pernah diabaikan untuk rakyat, tetapi hiburan mestilah bersifat sopan, mendidik serta tidak membuka jalan ke arah maksiat. Maka, anda mestilah datang ke Kelantan untuk melihat berbagai lagi keunikan negeri ini. Kehadiran anda ke sini, kami alu-alukan dan kami sentiasa membantu anda untuk kemudahan penginapan yang termampu oleh anda. Jom lawat Kelantan.

Sunday, March 14, 2010

SEMPENA CUTI SEKOLAH, JOM LAWAT KELANTAN

Sekarang telah pun bermula cuti sekolah. Tentu ada keluarga yang bercadang untuk membawa anak-anak bercuti. Dicadangkan keluarga yang ingin berehat dan melancung sempena musim cuti sekolah ini, datang lah ke Kelantan bumi Serambi Mekah ini. Tentu banyak cerita yang anda dengar tentang negeri ini, tetapi untuk mengetahui dengan lebih tepat anda dijemput datang sendiri ke sini.

Hotel Seri Cemerlang tentunya bersedia membantu anda dari segi kemudahan penginapan anda sekeluarga. Sempena cuti sekolah ini, hotel bajet kami akan menawarkan kepada anda harga yang anda mungkin tidak perolehi di mana-mana hotel bajet di tengah-tengah bandar Kota Bharu ini. Untuk keterangan lanjut serta untuk rundingan harga yang ditawarkan, sila hubungi saya di nombor telefon yang tercatat di dalam blog ini. Tempahan bagi rombongan yang ramai, dinasihatkan buat tempahan lebih awal.

Sunday, March 7, 2010

MELAWAT DJ MANIS FM YANG SAKIT

Hari ini, sebaik mendengar berita dari radio Manis FM yang menyebut bahawa DJ Abang Noor kini sedang dirawat di Hospital USM akibat sakit jantung, saya terus menghubungi DJ Ira untuk mengetahui keadaannya. Kebetulan beberapa DJ dan Staf Manis FM ingin melawat beliau di hospital, maka saya bersama mereka ke sana. Turut bersama adalah DJ Ira dan juga DJ Ewan Slumber serta beberapa orang lagi.

DJ Abang Noor kini dirawat di wad sakit jantung, Tingkat 7 Selatan Hospital USM. Kami sempat bergambar termasuk DJ Abang Noor yang kelihatan semakin stabil. Saya tidak sempat upload gambar kami di sini. DJ Abang Noor diminati ramai terutamanya oleh golongan berusia dan pertengahan umur kerana suara beliau sering berkumandang diwaktu pagi dengan gelagat lucu serta gurauannya. Mudah-mudahan beliau cepat sembuh.