Saturday, January 29, 2011

SYABAS KELANTAN - INGAT BOLA, INGAT SERI CEMERLANG

SERI CEMERLANG Hotel mengucapkan tahniah buat Pasukan Bola Sepak Kelantan. Kelantan terus mencipta sejarah, kali ini berjaya menjuarai Piala Sultan Ahmad Shah buat kali pertama setelah menewaskan Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Jaringan penalti Norshahrul Idlan Talaha dan sepakan percuma Badhri Radzi sudah cukup untuk menggagalkan hasrat Selangor meraih kejuaraan sumbangsih itu buat kali ketiga berturut-turut.

Jangan lupa, sekiranya anda ingin terus menyaksikan Perlawanan Bola Sepak Liga Super yang telah bermula sekarang terutamanya di Stadium Sultan Mohammed Ke IV Kota Bharu, anda boleh menginap di hotel kami dengan harga yang tidak anda sangkakan begitu ekonomi sekali. Hotel kami berhampiran dengan stadium tersebut juga dengan Pusat Bandar.

Selamat datang ke Seri Cemerlang Lodge, Kota Bharu.