Monday, December 3, 2012

LUAHAN RASA PENGUSAHA HOTEL BAJET

Bukan mudah untuk membina satu kerjaya di sini. Tanpa bantuan rakan2 dan dorongan mereka, mungkin saya sudah lama mengalah. Maklumlah, suatu ketika orang yang paling saya percayai bertindak mengkhianati saya. Kelemahan saya yang paling sukar untuk saya mengubahnya adalah saya terlalu percaya kepada orang. Akibatnya, saya pernah dikhianati oleh pekerja saya sendiri yang saya anggap sebagai adik kandung sendiri.

Alhamdulillah, saya cuba bangun semula setelah perniagaan saya ini hampir2 bungkus. Bayangkan pernah suatu masa, saya tiada wang untuk membayar gaji pekerja2 saya. Namun, saya tidak mahu menyusahkan sesiapa hatta keluarga saya sendiri. Saya juga bersyukur kerana saya masih mempunyai pekerja2 yang memahami apa jua masalah saya. Saya juga bersykur punyai ahli keluarga yang sentiasa memberikan semangat pada saya. Bukan mudah untuk membina satu2 kerjaya kerana terlalu banyak dugaan di hadapan sana.

Mudah-mudahan dengan sokongan serta doa dari anda semua, saya akan terus berusaha untuk menentukan hotel ini berjaya di masa2 akan datang. Sokongan anda semua amat saya hargai. Terima kasih.

Wednesday, October 24, 2012

TAHNIAH TIM KELANTAN JUARA PIALA MALAYSIA, DARI HOTEL SERI CEMERLANG

MAAF.  Agak terlewat buat kami di Hotel Seri Cemerlang untuk mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada Pasukan Bola Sepak Kelantan kerana telah berjaya menggondol Piala Malaysia buat tahun ini apabila berjaya menumpaskan ATM baru-baru ini.

Sebagai anak jati Kelantan, kami di sini merasa amat gembira dengan kejayaan yang dicapai.  Di masa-masa akan datang, kami mengalu-alukan seluruh penyokong bola sepak terutamanya yang datang dari jauh untuk menyaksikan perlawanan bola sepak di Stadium Kota Bharu, kami menawarkan bilik penginapan yang selesa dan ekonomi untuk anda.  Hotel kami juga tidak jauh hanya beberapa minit untuk ke Stadium Kota Bharu.

Selamat berkunjung ke Kota Bharu, Selamat Menginap di Hotel Seri Cemerlang...Tahniah Kelantan..

Thursday, October 11, 2012

KAMI DOAKAN ANAK SERAMBI MEKAH BERJAYA MALAM INI

Selamat Berjuang The Red Warriors!!  Kami dari Seri Cemerlang mendoakan agar Pasukan Bola Sepak Kelantan yang akan bertandang ke Shah Alam, Selangor malam ini bertemu dengan Selangor bagi melayakkan diri ke Perlawanan Akhir Bola Sepak Piala Malaysia akan mendapat kemenangan.

Berbekalkan satu jaringan di Kota Bharu baru-baru ini, Kelantan tidak boleh berasa selesa untuk melangkah ke Final.  Selangor diketahui sebagai pasukan yang mantap dan mempunyai ketahanan mental yang tinggi apatah lagi bermain di gelanggang sendiri bisa membuat Kelantan menggigit jari.

Sehubungan itu, The Red Warriors perlu bermain seolah-olah tidak mempunyai sebarang bekalan untuk dibawa ke sana.  Kami di sini sentiasa mendoakan agar Kelantan sekali lagi berada di pentas Final untuk bertemu dengan ATM pada 20 hb Oktober ini nanti.  

Selamat Berjuang Anak Serambi Mekah!!

Wednesday, August 15, 2012

SELAMAT HARI RAYA DARI HOTEL SERI CEMERLANG, KELANTAN


Kami dari Hotel Seri Cemerlang mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin dari saya Puan Zakiah serta semua pekerja-pekerja kami. 

Sekiranya terdapat sebarang kesulitan atau perkara yang tidak memuaskan hati para pengunjung hotel kami, kami memohon ribuan kemaafan.  Kunjungilah hotel kami sentiasa untuk mendapatkan keselesaan dengan perbelanjaan yang ekonomi sekali.

SELAMAT HARI RAYA.

Saturday, July 7, 2012

TAHNIAH, KELANTAN JUARA LIGA SUPER...JOM BERCUTI KE HOTEL KAMI

HOTEL SERI CEMERLANG dengan bangganya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pasukan Kelantan yang telah menjadi Juara Liga Super tahun ini.  Kami di sini sentiasa mendoakan agar pasukan ini terus mencapai kejayaan di dalam menjuarai Piala Malaysia pula.

Gomo Kelate Gomo !!  Jom bercuti ke hotel kami yang terus menawarkan perkhidmatan yang terbaik dengan harga yang berpatutan sekali. 

Saturday, May 19, 2012

TAHNIAH, KELANTAN JUARA PIALA FA

SERI Cemerlang Hotel mengucapkan tahniah kepada Pasukan Bola Sepak Kelantan yang telah menjuarai Piala FA menewaskan Sime Darby 1 - 0 malam tadi.  Mudah-mudahan harapan seluruh rakyat negeri Kelantan untuk melihat Kelantan merangkul Piala Malaysia selepas ini akan tercapai.

Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada staf-staf KESEDAR yang berkunjung ke hotel kami baru-baru ini. 

Wednesday, May 2, 2012

PIALA FA - KELANTAN KE FINAL, TAHNIAH DARI SERI CEMERLANG

TAHNIAH kepada pasukan Bolasepak Kelantan kerana telah berjaya melangkah ke Perlawanan Akhir Piala FA dan bakal bertemu Kelab Sime Darby.  Seri Cemerlang mendoakan agar Kelantan terus mara dan maju jaya sehingga kembali menjulang Piala Malaysia pula.

Buat anda yang ingin menonton pertandingan Bolasepak sepanjang Liga Malaysia ini di Kota Bharu, anda dijemput menginap di hotel kami kerana hotel kami berdekatan dengan Stadium Kota Bharu.  Kami menyediakan segala kemudahan buat anda semua dengan harga yang begitu menjimatkan.

Hidup Kelate...Gomo Kelate Gomo...