Monday, December 3, 2012

LUAHAN RASA PENGUSAHA HOTEL BAJET

Bukan mudah untuk membina satu kerjaya di sini. Tanpa bantuan rakan2 dan dorongan mereka, mungkin saya sudah lama mengalah. Maklumlah, suatu ketika orang yang paling saya percayai bertindak mengkhianati saya. Kelemahan saya yang paling sukar untuk saya mengubahnya adalah saya terlalu percaya kepada orang. Akibatnya, saya pernah dikhianati oleh pekerja saya sendiri yang saya anggap sebagai adik kandung sendiri.

Alhamdulillah, saya cuba bangun semula setelah perniagaan saya ini hampir2 bungkus. Bayangkan pernah suatu masa, saya tiada wang untuk membayar gaji pekerja2 saya. Namun, saya tidak mahu menyusahkan sesiapa hatta keluarga saya sendiri. Saya juga bersyukur kerana saya masih mempunyai pekerja2 yang memahami apa jua masalah saya. Saya juga bersykur punyai ahli keluarga yang sentiasa memberikan semangat pada saya. Bukan mudah untuk membina satu2 kerjaya kerana terlalu banyak dugaan di hadapan sana.

Mudah-mudahan dengan sokongan serta doa dari anda semua, saya akan terus berusaha untuk menentukan hotel ini berjaya di masa2 akan datang. Sokongan anda semua amat saya hargai. Terima kasih.

Wednesday, October 24, 2012

TAHNIAH TIM KELANTAN JUARA PIALA MALAYSIA, DARI HOTEL SERI CEMERLANG

MAAF.  Agak terlewat buat kami di Hotel Seri Cemerlang untuk mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada Pasukan Bola Sepak Kelantan kerana telah berjaya menggondol Piala Malaysia buat tahun ini apabila berjaya menumpaskan ATM baru-baru ini.

Sebagai anak jati Kelantan, kami di sini merasa amat gembira dengan kejayaan yang dicapai.  Di masa-masa akan datang, kami mengalu-alukan seluruh penyokong bola sepak terutamanya yang datang dari jauh untuk menyaksikan perlawanan bola sepak di Stadium Kota Bharu, kami menawarkan bilik penginapan yang selesa dan ekonomi untuk anda.  Hotel kami juga tidak jauh hanya beberapa minit untuk ke Stadium Kota Bharu.

Selamat berkunjung ke Kota Bharu, Selamat Menginap di Hotel Seri Cemerlang...Tahniah Kelantan..

Thursday, October 11, 2012

KAMI DOAKAN ANAK SERAMBI MEKAH BERJAYA MALAM INI

Selamat Berjuang The Red Warriors!!  Kami dari Seri Cemerlang mendoakan agar Pasukan Bola Sepak Kelantan yang akan bertandang ke Shah Alam, Selangor malam ini bertemu dengan Selangor bagi melayakkan diri ke Perlawanan Akhir Bola Sepak Piala Malaysia akan mendapat kemenangan.

Berbekalkan satu jaringan di Kota Bharu baru-baru ini, Kelantan tidak boleh berasa selesa untuk melangkah ke Final.  Selangor diketahui sebagai pasukan yang mantap dan mempunyai ketahanan mental yang tinggi apatah lagi bermain di gelanggang sendiri bisa membuat Kelantan menggigit jari.

Sehubungan itu, The Red Warriors perlu bermain seolah-olah tidak mempunyai sebarang bekalan untuk dibawa ke sana.  Kami di sini sentiasa mendoakan agar Kelantan sekali lagi berada di pentas Final untuk bertemu dengan ATM pada 20 hb Oktober ini nanti.  

Selamat Berjuang Anak Serambi Mekah!!

Wednesday, August 15, 2012

SELAMAT HARI RAYA DARI HOTEL SERI CEMERLANG, KELANTAN


Kami dari Hotel Seri Cemerlang mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin dari saya Puan Zakiah serta semua pekerja-pekerja kami. 

Sekiranya terdapat sebarang kesulitan atau perkara yang tidak memuaskan hati para pengunjung hotel kami, kami memohon ribuan kemaafan.  Kunjungilah hotel kami sentiasa untuk mendapatkan keselesaan dengan perbelanjaan yang ekonomi sekali.

SELAMAT HARI RAYA.

Saturday, July 7, 2012

TAHNIAH, KELANTAN JUARA LIGA SUPER...JOM BERCUTI KE HOTEL KAMI

HOTEL SERI CEMERLANG dengan bangganya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pasukan Kelantan yang telah menjadi Juara Liga Super tahun ini.  Kami di sini sentiasa mendoakan agar pasukan ini terus mencapai kejayaan di dalam menjuarai Piala Malaysia pula.

Gomo Kelate Gomo !!  Jom bercuti ke hotel kami yang terus menawarkan perkhidmatan yang terbaik dengan harga yang berpatutan sekali. 

Saturday, May 19, 2012

TAHNIAH, KELANTAN JUARA PIALA FA

SERI Cemerlang Hotel mengucapkan tahniah kepada Pasukan Bola Sepak Kelantan yang telah menjuarai Piala FA menewaskan Sime Darby 1 - 0 malam tadi.  Mudah-mudahan harapan seluruh rakyat negeri Kelantan untuk melihat Kelantan merangkul Piala Malaysia selepas ini akan tercapai.

Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada staf-staf KESEDAR yang berkunjung ke hotel kami baru-baru ini. 

Wednesday, May 2, 2012

PIALA FA - KELANTAN KE FINAL, TAHNIAH DARI SERI CEMERLANG

TAHNIAH kepada pasukan Bolasepak Kelantan kerana telah berjaya melangkah ke Perlawanan Akhir Piala FA dan bakal bertemu Kelab Sime Darby.  Seri Cemerlang mendoakan agar Kelantan terus mara dan maju jaya sehingga kembali menjulang Piala Malaysia pula.

Buat anda yang ingin menonton pertandingan Bolasepak sepanjang Liga Malaysia ini di Kota Bharu, anda dijemput menginap di hotel kami kerana hotel kami berdekatan dengan Stadium Kota Bharu.  Kami menyediakan segala kemudahan buat anda semua dengan harga yang begitu menjimatkan.

Hidup Kelate...Gomo Kelate Gomo...

Sunday, March 25, 2012

MADAH CINTA DARI SERI CEMERLANG

Kali ini Seri Cemerlang ingin merehatkan minda anda. Mungkin kerana terlalu penat bekerja, elok rasanya kita hayati madah-madah ini mungkin sesuai buat anda yang berada di alam percintaan. Bagi yang telah berpunya, mungkin juga anda terkenang kisah lalu yang bersejarah buat anda.

Hayatilah ungkapan madah ini;

------------------------------------------------

"Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

"Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi."

--------------------------------------------------------

Apa pun, Seri Cemerlang tetap mendoakan kebahagian untuk anda. Berikan sokongan kepada kami untuk terus berbakti di dalam urusniaga kami. Sokongan anda kepada Seri Cemerlang amat kami hargai. Selamat Datang Ke Hotel kami, Terima kasih.

Tuesday, March 20, 2012

HOTEL BAJET SERI CEMERLANG - MENGAPA ANDA PERLU MENGINAP DI SINI?

Mengapa anda perlu memilih Hotel Bajet Seri Cemerlang, Kota Bharu sekiranya anda berkunjung ke sini? Hakikatnya, hotel ini mempunyai banyak keistimewaan yang ditawarkan kepada anda. Hotel yang dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera Melayu, seorang usahawan wanita yang sentiasa gigih memahami kehendak anda.

Kami, Hotel Seri Cemerlang sentiasa peka dengan selera anda, maka kami menawarkan;

- Bilik Penginapan yang selesa, bersih dan selamat.

- Harga yang ekonomi dan termampu oleh anda serta kami bersedia untuk berbincang dengan harga yang anda inginkan sekiranya anda memerlukan lebih masa untuk menginap atau anda berkunjung dengan jumlah yang ramai.

- Kawalan keselamatan luar dan dalam terjamin kerana kami menyediakan Pengawal Keselamatan yang terlatih.

- Kami bersedia untuk membantu anda sekiranya anda memerlukan kenderaan untuk ke mana-mana lokasi di bandar Kota Bharu.

- Kedudukan hotel kami berada di tengah-tengah Kota Bharu memudahkan anda berurusan di sini.

- Layanan mesra dari kakitangan kami.

- Kemudahan untuk meletak kenderaan.

- Berhampiran kedai-kedai makan dan Pusat Beli Belah.

Dan banyak lagi yang membuatkan anda tidak akan merasa kerugian menetap di hotel kami. Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi kami di No Tel yang tertera. Selamat Datang.

Sunday, March 4, 2012

ABE SIN - PETUGAS CEMERLANG KAMI

Abe Sin - Petugas yang cemerlang

Dikenali sebagai Abe Sin. Beliau adalah seorang kakitangan yang paling lama berkhidmat di Seri Cemerlang. Seorang yang pendiam, tetapi amat rajin di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sebagai Penyelia atau Pengawas di hotel kami.

Bagi kami di Seri Cemerlang, Abe Sin sudah kami anggap sebagai salah seorang dari keluarga kami. Suka duka kami di Seri Cemerlang turut dikongsi bersama dengan beliau. Adakalanya beliau kami jadikan tempat merujuk sesuatu masalah memandangkan usia beliau yang sudah tentunya mempunyai banyak pengalaman. Sesiapa yang pernah bergaul rapat dengan Abe Sin, sekiranya berpisah, pasti akan merindui beliau.

Buat masa ini, kami diberitahu isteri beliau selalu sakit. Kami amat bersimpati dengannya dan sentiasa mendoakan agar isteri beliau sihat seperti sediakala. Buat rakan-rakan yang pernah berkunjung ke hotel kami dan mengenali Abe Sin, kami mohon doa rakan-rakan agar dapat mendoakan kesihatan isteri Abe Sin.

Sudah tentu seorang yang dianggap `anak' oleh Abe Sin berasal dari Negeri Sembilan, yang lebih 6 bulan berada bersamanya di Seri Cemerlang suatu ketika, akan merindui beliau dan yang pasti akan sentiasa mendoakannya. InsyaAllah, mudah-mudahan kita semua bakal diketemukan kembali.

Wednesday, February 29, 2012

KELANTAN NEGERI MISKIN? ALHAMDULILLAH, HOTEL KAMI SEMAKIN MAJU

SERI Cemerlang nampaknya semakin diminati untuk dikunjungi oleh pengunjung-pengunjung ke Kota Bharu, Kelantan. Baru-baru ini yang berkunjung adalah rombongan dari Kedah.

Walaupun di dalam media sering diperkatakan Kelantan sebuah negeri yang miskin, namun kehadiran pengunjung ke negeri ini semakin bertambah. Pelik bukan? Walau apa pun, kami di Seri Cemerlang sentiasa bersyukur di atas rezeki yang Allah kurniakan kepada kami di sini.

Mudah-mudahan semakin ramai yang akan berkunjung ke negeri Che Siti Wan Kembang ini. Seri Cemerlang senantiasa menanti anda di sini dengan segala tawaran yang tidak akan menyusahkan anda. Selamat Datang ke Hotel Seri Cemerlang.

Wednesday, February 22, 2012

TERIMA KASIH DARI SERI CEMERLANG LODGE, PILIHAN TEPAT UNTUK ANDA

MAAF, sekian lama blog ini tidak dikemaskinikan akibat masalah teknikal. Alhamdulillah, akhirnya blog ini dapat kembali aktif untuk kemudahan anda.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang berterusan memberikan sokongan kepada kami di Seri Cemerlang Lodge. Kami amat menghargai anda yang menjadikan Seri Cemerlang Lodge sebagai pilihan utama anda menginap di Kota Bharu, Kelantan ini.

Sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah, pandangan atau kritikan terhadap perkhidmatan kami, sila hubungi kami melalui no tel yang kami nyatakan atau catatkan pada ruangan `chating' kami pada blog ini.

Teruskan bersama kami di Seri Cemerlang Lodge. Terima kasih.