Sunday, March 4, 2012

ABE SIN - PETUGAS CEMERLANG KAMI

Abe Sin - Petugas yang cemerlang

Dikenali sebagai Abe Sin. Beliau adalah seorang kakitangan yang paling lama berkhidmat di Seri Cemerlang. Seorang yang pendiam, tetapi amat rajin di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sebagai Penyelia atau Pengawas di hotel kami.

Bagi kami di Seri Cemerlang, Abe Sin sudah kami anggap sebagai salah seorang dari keluarga kami. Suka duka kami di Seri Cemerlang turut dikongsi bersama dengan beliau. Adakalanya beliau kami jadikan tempat merujuk sesuatu masalah memandangkan usia beliau yang sudah tentunya mempunyai banyak pengalaman. Sesiapa yang pernah bergaul rapat dengan Abe Sin, sekiranya berpisah, pasti akan merindui beliau.

Buat masa ini, kami diberitahu isteri beliau selalu sakit. Kami amat bersimpati dengannya dan sentiasa mendoakan agar isteri beliau sihat seperti sediakala. Buat rakan-rakan yang pernah berkunjung ke hotel kami dan mengenali Abe Sin, kami mohon doa rakan-rakan agar dapat mendoakan kesihatan isteri Abe Sin.

Sudah tentu seorang yang dianggap `anak' oleh Abe Sin berasal dari Negeri Sembilan, yang lebih 6 bulan berada bersamanya di Seri Cemerlang suatu ketika, akan merindui beliau dan yang pasti akan sentiasa mendoakannya. InsyaAllah, mudah-mudahan kita semua bakal diketemukan kembali.

No comments:

Post a Comment