Monday, October 18, 2010

TAHNIAH KEPADA PASUKAN BOLA SEPAK KELANTAN DARI SERI CEMERLANG

TAHNIAH kepada pasukan bola sepak Negeri Kelantan yang telah berjaya mara ke Perlawanan Separuh Akhir Piala Malaysia. Seri Cemerlang berharap dan berdoa agar Kelantan akan mara ke Perlawanan Akhir nanti.

Kepada sesiapa yang ingin berkunjung ke Kelantan untuk menyaksikan perlawanan bola sepak di Stadium Sultan Mohammad ke IV, Kota Bharu anda dipelawa untuk menginap di hotel kami. Kami sentiasa menawarkan harga yang berpatutan untuk anda beserta segala kemudahan yang memberikan keselesaan untuk anda.

Wednesday, September 8, 2010

SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI DARI SERI CEMERLANG

SERI CEMERLANG, pengurusan dan semua staf kami mengucapkan SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI kepada semua pengunjung Blog ini serta semua pelawat berugama Islam yang telah menetap di hotel kami. Mohon maaf dipinta seandainya kami tidak dapat memuaskan hati anda semua sepanjang anda berada di Seri Cemerlang.

Kami akan terus berusaha agar dapat memberikan perkhidmatan terbaik buat semua pengunjung agar berpatutan dengan bajet anda. Kunjungilah hotel kami dari masa ke semasa.

Saturday, August 14, 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN, JOM KE KOTA BHARU

SERI CEMERLANG mengucapkan Salam Ramadhan buat semua. Berkunjunglah ke Kota Bharu sempena Ramadhan ini untuk menikmati kelainan masyarakat Kelantan meraikan kehadiran Ramadhan. Hotel kami sentiasa mengalu-alukan kunjungan anda semua dengan harga yang berpatutan.

Hotel kami yang berdekatan dengan masjid memudahkan anda melakukan amal ibadat sepanjang berada di sini. Di samping itu, hotel ini juga mempunyai kemudahan untuk anda menikmati makanan dan minuman di gerai yang berhampiran.

SELAMAT DATANG....

Wednesday, July 21, 2010

SERI CEMERLANG MENANTI ANDA SEMPENA RAMADHAN INI

RAMADHAN semakin hampir. Seri Cemerlang mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Sepanjang bulan ini hingga ke bulan Ramadhan, anda dijemput melawati Negeri Kelantan, negeri Serambi Mekah.

Kota Bharu merupakan satu-satunya bandar yang meriah diwaktu bulan Ramadhan dengan berbagai program amal ibadah siang dan malam. Oleh itu, tidak rugi sekiranya anda meluangkan masa bercuti ke bandar ini.

Hotel bajet kami sentiasa menawarkan anda perkhidmatan yang terbaik dan berpatutan. Kedudukan hotel yang terlalu hampir dengan Masjid dengan hanya berjalan kaki memudahkan anda melakukan amalan sepanjang bulan Ramadhan ini. Kemudahan tempat menjamu selera juga terletak berhampiran hotel ini.

Selamat Berkunjung Ke Hotel seri Cemerlang. Sila hubungi No Tel yang kami sertakan di dalam blog ini. Terima Kasih.

Sunday, June 20, 2010

TERIMA KASIH DAN DATANG LAGI

TERIMA KASIH. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kunjungan anda ke hotel kami sempena cuti persekolahan baru-baru ini. Mudah-mudahan anda mendapat kepuasan selama menginap di hotel ini. Pihak kami akan sentiasa mengutamakan keselesaan anda dengan harga yang berpatutan. Terima kasih dan datang lagi.

Wednesday, May 12, 2010

JOM BERCUTI KE SINI DENGAN TAWARAN HEBAT

CUTI persekolahan akan menjelang tidak lama lagi. Mengapa anda tidak membawa seisi keluarga menikmati percutian kali ini? Tentunya anda membuat pilihan yang tepat jika anda berkunjung ke Bandar Kota Bharu yang menjanjikan anda percutian yang hebat di samping tempat membeli belah yang termurah.

Kami di Hotel Seri Cemerlang sedia menyambut kunjungan anda dengan tawaran yang hebat. Tempahlah mulai sekarang sebelum anda terlambat. Selamat Bercuti dari kami.

Tuesday, May 4, 2010

PENGUNJUNG BLOG KAMI MENINGKAT, TERIMA KASIH

ALHAMDULILLAH, semenjak blog ini dibuka pada 18 Januari 2010 sehingga kini, blog ini telah pun dikunjungi lebih dari 1 ribu pengunjung. Terima kasih kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Kemungkinan blog ini dikunjungi ramai adalah kerana blog ini juga turut dipautkan ke dalam lain-lain blog rakan-rakan kami.

Anda dikira bertuah kerana mendapat berbagai keistimewaan sekiranya anda mengunjungi hotel kami. Kami mengalu-alukan kedatangan anda semua ke sini disamping usaha anda mempelawa rakan-rakan anda bersama. Hotel Seri Cemerlang semestinya menjanjikan keistimewaan buat anda semua. Selamat Datang.

Friday, April 30, 2010

TENTU HOTEL INI BANYAK KENANGAN BUAT ANDA

Terima kasih buat rakan2 yang terus memilih hotel kami ini. Tentunya anda mempunyai kenangan lalu yang membuatkan anda sentiasa ingat pada hotel ini. Mungkin suatu ketika pertama kali anda ke sini, anda tidak merasakan apa2 yang istimewa di sini. Namun, setelah anda berada di sini, hati atau jiwa anda terlekat di sini.

Kenangan anda bersama tersayang di sini samada sewaktu tidor, berbual atau berjalan2 di sekitar Bandar Kota Bharu tentunya mengingatkan anda tempat ini. Maklumlah, waktu sarapan pagi anda bersama tersayang menikmatinya. Bila hati sudah serasi, lapar biar bersama berlapar dan kenyang pun biar bersama kekenyangan. Anda pergi membeli belah di Wakaf Che Yeh pasti bersama dengan tersayang. Tentu indah saat itu, kan?

Pasangan berkasih sayang akan sentiasa bersama. Apabila salah seorang berduka, seorang lagi akan merasai bersama. Masing-masing saling memerlukan. Itulah keserasian namanya. Tiada yang lebih baik dari kita membantu yang disayangi agar terlepas dari duka dan kesedihan. Alangkah gembiranya hati kita bila melihat tersayang mulai ceria kembali.

Semuanya ini mungkin anda alami di sini. Mungkin ianya bermula di sini segala kebahagiaan. Kenangan yang indah itu pasti anda sematkan dihati. Tetapi, ada juga yang bermula dan berakhir di sini. Berbagai misteri mungkin terjadi di sini, bukan misteri ghaib atau hantu tetapi mungkin juga misteri tentang hati dan perasaan anda. Anda mungkin pernah mengukir seribu janji di sini dan hotel ini menjadi saksi segala janji anda.

Kami tidak menjamin seribu kebahagiaan buat anda di sini. Semuanya terpulang pada anda dengan keikhlasan yang anda ada. Kami mahukan anda bahagia di sini, tetapi mungkin yang terjadi adalah angkara anda yang tidak pernah ikhlas di dalam berjanji. Maka, hotel ini menjadi saksi air mata kekecewaan anda. Bagi yang menemui jodoh, kami ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU, yang lama jangan dilupakan. Mungkin yang lama akan terus menanti anda sekiranya anda kecewa lagi. Syabas!! Hotel ini menjadi saksi segala kebahagiaan walaupun mungkin ada yang menderita dijadikan korban.

Terima kasih atas kunjungan anda, datang lagi ke sini.

Monday, April 26, 2010

FOTO KUNJUNGAN KE HOTEL KAMI

FROM KUANTAN TO KOTA BHARU


KUNJUNGAN DARI KOLEJ KOMUNITI KUANTAN PAHANG.

HOTEL SERI CEMERLANG DIKUNJUNGI LAGI




r

ROMBONGAN SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN MAAHAD ISLAHIAH ADDINIAH SETIAWAN PERAK.MEREKA DATANG DENGAN DUA BUAH BAS BERSAMA AHLI ROMBONGAN SERAMAI 84 ORANG .KAMI MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH DIATAS KESUDIAN ROMBONGAN MENYEWA DITEMPAT KAMI.


VISITORS FROM JOHOR




Ketua rombongan sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seri Keluang.Johor.Cikgu Aida dan Sapiah.

Wednesday, March 31, 2010

MEREKA INI DI ANTARA PENGUNJUNG KAMI















Kami selesa di sini...harga pun berpatutan...kami akan datang lagi...

Tetamu dari Kuantan..Datang melancung ke Negeri Kelantan..Terima kasih kerana menjadikan kami destinasi singgah untuk merehatkan diri. Terima kasih dan kami mengalukan kedatangan anda lagi..
















Gambar Tengah - Saya bersama seorang pengunjung lelaki..

Rombongan dari Negeri Sembilan..MPP Travel Tour..Check in pada 20Hb.Mac 2010..Kami mengucapkan Selamat Datang bagi ahli rombongan dan selamat datang ke Kelantan dan Ke Hotel Seri Cemerlang.









1. 1. 1.Orang kampung dari Sg. Limau,Yan Kedah
2.Bersama dengan ketua rombongan En.Hamid.
3.Mereka datang dengan menaiki bas










Sunday, March 28, 2010

JOM HEBOH TV 3 DI KELANTAN LAIN DARI YANG LAIN

Malam tadi tentu anda yang berada jauh dari Kelantan menonton siaran langsung Jom Heboh TV 3 yang diadakan pertama kalinya di Kelantan bertempat di K.Bharu. Banyak perbezaan yang dapat anda saksikan. Tempat duduk penonton diasingkan di antara lelaki dan perempuan serta yang berkeluarga. Artis2 yang diundang juga tidak terdapat artis wanita seperti biasa yang kita saksikan di beberapa negeri yang pernah mengadakan program hiburan ini.

Begitulah keadaan negeri Serambi Mekah ini yang memberi bukti jelas bahawa hiburan tidak pernah diabaikan untuk rakyat, tetapi hiburan mestilah bersifat sopan, mendidik serta tidak membuka jalan ke arah maksiat. Maka, anda mestilah datang ke Kelantan untuk melihat berbagai lagi keunikan negeri ini. Kehadiran anda ke sini, kami alu-alukan dan kami sentiasa membantu anda untuk kemudahan penginapan yang termampu oleh anda. Jom lawat Kelantan.

Sunday, March 14, 2010

SEMPENA CUTI SEKOLAH, JOM LAWAT KELANTAN

Sekarang telah pun bermula cuti sekolah. Tentu ada keluarga yang bercadang untuk membawa anak-anak bercuti. Dicadangkan keluarga yang ingin berehat dan melancung sempena musim cuti sekolah ini, datang lah ke Kelantan bumi Serambi Mekah ini. Tentu banyak cerita yang anda dengar tentang negeri ini, tetapi untuk mengetahui dengan lebih tepat anda dijemput datang sendiri ke sini.

Hotel Seri Cemerlang tentunya bersedia membantu anda dari segi kemudahan penginapan anda sekeluarga. Sempena cuti sekolah ini, hotel bajet kami akan menawarkan kepada anda harga yang anda mungkin tidak perolehi di mana-mana hotel bajet di tengah-tengah bandar Kota Bharu ini. Untuk keterangan lanjut serta untuk rundingan harga yang ditawarkan, sila hubungi saya di nombor telefon yang tercatat di dalam blog ini. Tempahan bagi rombongan yang ramai, dinasihatkan buat tempahan lebih awal.

Sunday, March 7, 2010

MELAWAT DJ MANIS FM YANG SAKIT

Hari ini, sebaik mendengar berita dari radio Manis FM yang menyebut bahawa DJ Abang Noor kini sedang dirawat di Hospital USM akibat sakit jantung, saya terus menghubungi DJ Ira untuk mengetahui keadaannya. Kebetulan beberapa DJ dan Staf Manis FM ingin melawat beliau di hospital, maka saya bersama mereka ke sana. Turut bersama adalah DJ Ira dan juga DJ Ewan Slumber serta beberapa orang lagi.

DJ Abang Noor kini dirawat di wad sakit jantung, Tingkat 7 Selatan Hospital USM. Kami sempat bergambar termasuk DJ Abang Noor yang kelihatan semakin stabil. Saya tidak sempat upload gambar kami di sini. DJ Abang Noor diminati ramai terutamanya oleh golongan berusia dan pertengahan umur kerana suara beliau sering berkumandang diwaktu pagi dengan gelagat lucu serta gurauannya. Mudah-mudahan beliau cepat sembuh.

Friday, February 26, 2010

TAWARAN HEBAT HOTEL SRI CEMERLANG !!

Kami sentiasa komited dengan usaha untuk membantu meringankan beban kewangan anda. Kini, hotel ini sedang menawarkan harga murah untuk anda seperti berikut:

1. Berkumpulan

- Harga RM 50
- Sewa melebihi 19 bilik, 1 bilik diberi percuma.

2. Untuk Ahli Perniagaan Berdaftar

- Potongan diberi.
- Harga RM 35 seorang.
- Jika berkongsi 2 orang diberi harga RM 40.
(Harga ini tidak termasuk cukai 5%.)

Sebarang pertanyaan, sila hubungi saya di no tel yang dicatatkan. Rebut peluang ini segera.

Monday, February 22, 2010

LUAHAN HATIKU - TABAH HADAPI DUGAAN INI

Bukan mudah untuk membina satu kerjaya di sini. Tanpa bantuan rakan2 dan dorongan mereka, mungkin saya sudah lama mengalah. Maklumlah, suatu ketika orang yang paling saya percayai bertindak mengkhianati saya. Kelemahan saya yang paling sukar untuk saya mengubahnya adalah saya terlalu percaya kepada orang. Akibatnya, saya pernah dikhianati oleh pekerja saya sendiri yang saya anggap sebagai adik kandung sendiri.

Alhamdulillah, saya cuba bangun semula setelah perniagaan saya ini hampir2 bungkus. Bayangkan pernah suatu masa, saya tiada wang untuk membayar gaji pekerja2 saya. Namun, saya tidak mahu menyusahkan sesiapa hatta keluarga saya sendiri. Saya juga bersyukur kerana saya masih mempunyai pekerja2 yang memahami apa jua masalah saya. Saya juga bersykur punyai ahli keluarga yang sentiasa memberikan semangat pada saya. Bukan mudah untuk membina satu2 kerjaya kerana terlalu banyak dugaan di hadapan sana.

Mudah-mudahan dengan sokongan serta doa dari anda semua, saya akan terus berusaha untuk menentukan hotel ini berjaya di masa2 akan datang. Sokongan anda semua amat saya hargai. Terima kasih.

Monday, February 15, 2010

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN MEREKA, ANDA BILA LAGI?

Sempena cuti menyambut Tahun baru China sekarang ini, dua hari lepas hotel bajet ini menyambut kehadiran pengunjung yang ramai. Kesemua bilik penginapan telah ditempah oleh pengunjung2 yang bercuti ke negeri Che Siti Wan Kembang ini. Terima kasih kepada mereka semua. Anda bila lagi ? Jemput ke Seri Cemerlang Hotel agar anda dapat menikmati tawaran yang bersesuaian dengan bajet anda. Keselesaan Anda Keutamaan Kami.

Tuesday, February 9, 2010

SELAMAT TAHUN BARU CINA DARI SERI CEMERLANG

SC mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua kaum China. Sempena cuti perayaan tersebut, SC mempelawa anda semua bercuti ke negeri Serambi Mekah ini. Kami juga akan menawarkan kepada anda pakej penginapan yang tentunya anda tidak jangkakan. Untuk mengetahui apakah istimewanya tawaran kami sempena cuti Tahun Baru Cina ini, anda boleh hubungi kami di no telefon yang dinyatakan. Tawaran ini terhad kepada mereka yang membuat tempahan awal. Gong Xi Fa Chai.

Sunday, January 31, 2010

REBUT PELUANG INI - OFFER SERI CEMERLANG

Hari ini 01 Feb 2010 sehingga 03 Feb 2010, hotel ini akan menawarkan harga murah bagi semua jenis bilik yang disediakan. Tawaran ini terhad selagi bilik punyai kekosongan. Anda boleh menempah mana-mana bilik mulai sekarang melalui no telefon yang dinyatakan di samping tempahan melalui laman chating pada blog ini. Tempahan hendaklah dengan menyertakan wang pendahuluan. Lain-lain keterangan lanjut boleh diperolehi dengan mengubungi saya melalui no telefon yang tertera.

Thursday, January 28, 2010

ADA PERTANYAAN ? LAMAN CHATING DISEDIAKAN

Anda mempunyai sebarang pertanyaan atau tempahan bilik ? Kami juga menerima tempahan anda melalui laman chating di dalam blog ini dan juga akan melayani pertanyaan anda di sini. Sebarang aduan atau cadangan juga boleh dikemukakan di laman chating ini.

Tuesday, January 26, 2010

PENGUNJUNG BLOG SRI CEMERLANG BERTAMBAH


Semenjak blog Seri Cemerlang Lodge ini dibuka pada 18 Januari 2010, pengunjung2 semakin bertambah melawat blog ini dan sehingga kini telah pun melebihi 100 pengunjung. Ini satu pertanda baik buat Seri Cemerlang apatah lagi hotel bajet ini pernah menaja program Irama Kita (dikir barat) di Stesyen Radio Manis FM.

Marilah kita bersama menyokong kemajuan hotel kepunyaan bumiputera wanita Melayu ini. Anda akan merasai betapa beruntungnya anda jika anda mencuba menginap di hotel ini. Pemilik hotel ini juga mendapat dorongan dan semangat dari anak2nya dan dari seorang insan yang selalu mendoakan kemajuan hotel ini.

Sunday, January 24, 2010

SIAPA PENGUNJUNG TETAP KE SERI CEMERLANG?

Seri Cemerlang Lodge memang terkenal di Bandar K.Bharu. Hotel bajet ini berjaya menawarkan harga yang murah dan penginapan yang selesa kepada pelanggan-pelanggannya. Oleh itu, tidak hairanlah hotel kepunyaan bumiputera ini sering dikunjungi oleh pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan/berkanun dan swasta yang bercuti atau melakukan tugas sementara di K.Bharu.

Golongan pekerja seperti pekerja kontrek dan peniaga juga memilih hotel ini kerana mereka dapat meringankan beban kewangan mereka. Pengusaha hotel ini yang boleh bertimbangrasa, mampu menawarkan anda harga yang terbaik untuk anda sekiranya anda menjadikan hotel ini sebagai hotel `tetap' anda. Hotel ini juga menjadi pilihan kepada mereka-mereka yang berkursus atau menjalani latihan di sekitar K.Bharu.

Kemudahan internet (WIFI) secara percuma menjadikan hotel ini begitu sesuai bagi golongan profesional dan perbagai golongan. Tempat ibadat (masjid) juga berhampiran sekali dengan hotel yang mana anda boleh berjalan kaki sahaja ke masjid. Bilik solat juga disediakan di hotel ini. Restoren dan Seven Eleven juga berdekatan sekali. Marilah ke Hotel seri Cemerlang sekarang. Terima kasih.

Saturday, January 23, 2010

MENGAPA HOTEL INI JADI PILIHAN MEREKA ?

Seri Cemerlang Lodge memang terkenal di Bandar K.Bharu. Hotel bajet ini berjaya menawarkan harga yang murah dan penginapan yang selesa kepada pelanggan-pelanggannya. Oleh itu, tidak hairanlah hotel kepunyaan bumiputera ini sering dikunjungi oleh pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan/berkanun dan swasta yang bercuti atau melakukan tugas sementara di K.Bharu.

Golongan pekerja seperti pekerja kontrek dan peniaga juga memilih hotel ini kerana mereka dapat meringankan beban kewangan mereka. Pengusaha hotel ini yang boleh bertimbangrasa, mampu menawarkan anda harga yang terbaik untuk anda sekiranya anda menjadikan hotel ini sebagai hotel `tetap' anda. Hotel ini juga menjadi pilihan kepada mereka-mereka yang berkursus atau menjalani latihan di sekitar K.Bharu.

Kemudahan internet (WIFI) secara percuma menjadikan hotel ini begitu sesuai bagi golongan profesional dan perbagai golongan. Tempat ibadat (masjid) juga berhampiran sekali dengan hotel yang mana anda boleh berjalan kaki sahaja ke masjid. Bilik solat juga disediakan di hotel ini. Restoren dan Seven Eleven juga berdekatan sekali. Marilah ke Hotel seri Cemerlang sekarang. Terima kasih.

Thursday, January 14, 2010

SERI CEMERLANG DI MANIS FM

Harti ini Jumaat 15 Hb Jan 2010 malam Sabtu jam 1200 tengah malam hingga pukul 1.00 pagi, Seri Cemerlang akan menaja segmen Carta Dikir Irama Kita di Stesyen Radio Manis FM Radio Terunggul Pantai Timur. Rancangan ini boleh diikuti di saluran 90.6 FM (Kelantan), 102 FM (Terengganu) dan 95.1 FM (Pahang).
Bagi mereka yang berada di luar kawasan Pantai Timur boleh melayari laman web Manis FM untuk mengikuti secara radio online di http://www.manis.fm

PENGURUS HOTEL MERAIKAN PERKAHWINAN ANAK BONGSU




Kelihatan Pn Zakiah bergambar bersama kedua mempelai dan keluarga.
Tanggal 07 Ogos 2009, hari bersejarah buat pasangan Mohd Lutfi (anak bongsu Puan Zakiah- Pemilik Hotel Seri Cemerlang Lodge) bersama Roslina bte Ismail yang telah melangsungkan perkahwinannya bertempat di Kemaman, Terengganu iaitu di rumah pengantin perempuan.

Majlis meraikan kedua-dua mempelai turut diadakan di Kota Bharu iaitu bertempat di Restoren Harizon pada 11 Ogos 2009. Ramai jemputan hadir pada majlis tersebut termasuk pekerja-pekerja hotel Seri Cemerlang dan juga penyewa-penyewa hotel hari berkenaan.

SALAM DARI SAYA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya Puan Zakiah bte Yusoff pemilik Sri Cemerlang Lounge beralamat di No 5640, U-X, Jalan Sri Cemerlang, 15350 KOTA BHARU, Kelantan mengucapkan selamat datang ke blog saya ini. Sri Cemerlang Lodge menawarkan kemudahan penginapan dengan harga yang berpatutan. Lain-lain maklumat akan disiarkan dari masa ke semasa.

Untuk permulaan, sebarang maklumat berkenaan dengan perkhidmatan kemudahan penginapan, sila hubungi 012-9881096/012-9213096 (Kak Yah) atau 09-7449648.