Sunday, March 28, 2010

JOM HEBOH TV 3 DI KELANTAN LAIN DARI YANG LAIN

Malam tadi tentu anda yang berada jauh dari Kelantan menonton siaran langsung Jom Heboh TV 3 yang diadakan pertama kalinya di Kelantan bertempat di K.Bharu. Banyak perbezaan yang dapat anda saksikan. Tempat duduk penonton diasingkan di antara lelaki dan perempuan serta yang berkeluarga. Artis2 yang diundang juga tidak terdapat artis wanita seperti biasa yang kita saksikan di beberapa negeri yang pernah mengadakan program hiburan ini.

Begitulah keadaan negeri Serambi Mekah ini yang memberi bukti jelas bahawa hiburan tidak pernah diabaikan untuk rakyat, tetapi hiburan mestilah bersifat sopan, mendidik serta tidak membuka jalan ke arah maksiat. Maka, anda mestilah datang ke Kelantan untuk melihat berbagai lagi keunikan negeri ini. Kehadiran anda ke sini, kami alu-alukan dan kami sentiasa membantu anda untuk kemudahan penginapan yang termampu oleh anda. Jom lawat Kelantan.

No comments:

Post a Comment