Sunday, March 7, 2010

MELAWAT DJ MANIS FM YANG SAKIT

Hari ini, sebaik mendengar berita dari radio Manis FM yang menyebut bahawa DJ Abang Noor kini sedang dirawat di Hospital USM akibat sakit jantung, saya terus menghubungi DJ Ira untuk mengetahui keadaannya. Kebetulan beberapa DJ dan Staf Manis FM ingin melawat beliau di hospital, maka saya bersama mereka ke sana. Turut bersama adalah DJ Ira dan juga DJ Ewan Slumber serta beberapa orang lagi.

DJ Abang Noor kini dirawat di wad sakit jantung, Tingkat 7 Selatan Hospital USM. Kami sempat bergambar termasuk DJ Abang Noor yang kelihatan semakin stabil. Saya tidak sempat upload gambar kami di sini. DJ Abang Noor diminati ramai terutamanya oleh golongan berusia dan pertengahan umur kerana suara beliau sering berkumandang diwaktu pagi dengan gelagat lucu serta gurauannya. Mudah-mudahan beliau cepat sembuh.

No comments:

Post a Comment