Saturday, January 23, 2010

MENGAPA HOTEL INI JADI PILIHAN MEREKA ?

Seri Cemerlang Lodge memang terkenal di Bandar K.Bharu. Hotel bajet ini berjaya menawarkan harga yang murah dan penginapan yang selesa kepada pelanggan-pelanggannya. Oleh itu, tidak hairanlah hotel kepunyaan bumiputera ini sering dikunjungi oleh pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan/berkanun dan swasta yang bercuti atau melakukan tugas sementara di K.Bharu.

Golongan pekerja seperti pekerja kontrek dan peniaga juga memilih hotel ini kerana mereka dapat meringankan beban kewangan mereka. Pengusaha hotel ini yang boleh bertimbangrasa, mampu menawarkan anda harga yang terbaik untuk anda sekiranya anda menjadikan hotel ini sebagai hotel `tetap' anda. Hotel ini juga menjadi pilihan kepada mereka-mereka yang berkursus atau menjalani latihan di sekitar K.Bharu.

Kemudahan internet (WIFI) secara percuma menjadikan hotel ini begitu sesuai bagi golongan profesional dan perbagai golongan. Tempat ibadat (masjid) juga berhampiran sekali dengan hotel yang mana anda boleh berjalan kaki sahaja ke masjid. Bilik solat juga disediakan di hotel ini. Restoren dan Seven Eleven juga berdekatan sekali. Marilah ke Hotel seri Cemerlang sekarang. Terima kasih.

1 comment:

  1. assalamualaikum...kami harap sempena tahun baru ni...bisness umi akan lebih success!!!...amin

    ikhlas...
    amir&kak

    ReplyDelete